Saturday 29 February 2020

MHB ALTENATIVE FACIAL TREATMENT

ALTENATIVE FACIAL TREATMENT
  
FACIAL SINUSITIS TREATMENT
Resdung adalah satu penyakit yang terjadi apabila rongga sinus menjadi radang yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Antara simptom – simptom resdung adalah lendir pada hidung, mata selalu berair, kerap bersin dan gatal – gatal pada bahagian wajah dan mata. Terdapat juga kulit wajah yang ditumbuhi jerawat yang bernanah sehingga menyebabkan kudis. Rawatan alternatif facial resdung adalah rawatan membersihkan wajah secara mendalam dan kemudian disusuli dengan rawatan pengewapan muka menggunakan corong resdung atau disebut juga sebagai bekam asap. Wap panas diratakan ke seluruh wajah mampu melancarkan perjalanan darah dan membuka liang roma tersumbat yang menyebabkan masalah kulit. Kaedah itu juga bagi menanggalkan daki dan menghapuskan kuman yang menjadi penyebab utama masalah kulit dan wajah kusam. Selepas menjalani rawatan, wajah berasa lebih ‘ringan’, bersih dan kurang gatal malah punca jerawat di muka turut berkurangan.
Tempoh rawatan    :  1 jam 30 minit
Harga rawatan       :  RM 100

SKIN ACCUPUNTURE TREATMENT
Akupuntur wajah adalah perawatan dapat membantu kulit tampil lebih muda, halus dan sihat dengan menyucuk jarum akupuntur di bahagian point-point muka. Rawatan ini dilakukan selepas proses membersihakan wajah agar aliran energi lebih lancar dapat diperolehi. Ketika jarum menusuk kulit, ia akan menimbulkan luka yang disebut sebagai mikrotrauma positif yang dapat merangsang sistem limfatik dan peredaran darah untuk bekerja menghantar nutrisi dan oksigen ke sel-sel kulit agar kulit bergizi dari dalam ke luar. Metode seperti ini juga membantu meratakan warna kulit dan meningkatkan aura positif wajah. Mikrotrauma positif juga mampu merangsang pengeluaran kolagen yang dapat membantu meningkatkan elastisma serta meminimalkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah.
Tempoh rawatan    : 1 jam 30 minit
Harga rawatan       
E Mata                               : RM 80
E Whitening / Pigment     : RM 110
E Resdung                         : RM 120
E Jerawat                          : RM 130
E Anti Kedut /Aging         : RM 140

                             SKIN HAIR REMOVEL TREATMENT
Kulit wajah yang licin dan sempurna merupakan lambang kejelitaan wanita. Dengan kemuculan bulu-bulu halus di wajah dan kadang-kala ada yang agak tebal menyebabkan wajah menjadi tidak menarik dan kelihatan comot apabila mengenakan bedak dan solekan. Di Mulia Hati Beauty, kami menawarkan 3 jenis rawatan yang dapat membantu menanggalkan bulu halus di wajah.
IPL LIGHT LASER
Rawatan menanggalkan bulu halus menggunakan pancaran laser adalah prosedur rawatan yang terkini. Secara saintifiknya, ia berkonsepkan selektif photo termolysis. Menerusi kaedah ini akar bulu dimusnahkan secara selektif oleh haba. Pancaran laser akan diserap oleh pigmen pada akar bulu kemudian bertukar menjadi haba dan terus membunuh akar bulu tersebut. Folikel bulu yang rosak oleh haba dari laser ini tidak menjejaskan sel kulit sekeliling tetapi menghalang pertumbuhan semula bulu halus pada patch kulit dan ini menyebabkan bulu kekal matiSinaran IPL diserap oleh folikel dan apabila ia mencecah kira-kira 70°C, bulu halus akan gugur.

Tempoh rawatan    1 jam
Harga rawatan       RM 200


WAXING 

Menghilangkan bulu halus pada wajah dilakukan dengan cara mengoleskan wax strips ke bahagian wajah yang ingin dihilangkan bulunya seperti di bahagian atas bibir, dagu, pipi, rahang dan dahi. Proses ini dapat mencabut bulu hingga ke lapisan akarnya dan mampu bertahan sehingga 3 minggu barulah bulu yang baharu akan tumbuh semula tetapi menjadi lebih halus daripada bulu yang sebelumnya. Rawatan waxing ini dijamin dapat menanggalkan semua bulu di wajah.

Tempoh rawatan   :  30 minit
Harga rawatan      RM 50
THREADING 
Threading adalah teknik menghilangkan bulu halus di wajah secara sementara (tidak kekal) di bahagian kening, atas bibir, pipi dan dagu. Namanya berasal dari benang (thread) yang dipelintir untuk mencabut bulu halus dari akarnya. Teknik ini juga dikenal sebagai teknik "ikat" atau "khite" dalam bahasa Arab dan merupakan metode yang telah digunakan di India pada masa lampau dan kini semakin popular di kalangan wanita asia. 

Tempoh rawatan     :  30 minit
Harga rawatan        : RM 30

                            SKIN TAGS REMOVEL TREATMENT

Masalah ‘skin tags’ atau dikenali dengan pelbagai permasalahan kulit seperti kutil, biji kolestrol, tahi lalat, lebihan isi pada kulit dan ketuat merupakan lebihan lapisan kulit yang tumbuh di seluruh anggota badan kita termasuk wajah. Selalunya ketumbuhan ini berlaku apabila seseorang tidak menjaga kebersihan dan pemakanan. Faktor umur juga adalah salah satu faktor ketumbuhan ini berlaku dan ia boleh merebak dan melarat sehingga sukar untuk dicegah kerana akar ketumbuhan itu telah menjadi selesa menumpang di bahagian kulit. Mulia Hati Beauty menawarkan rawatan untuk menyelesaikan masalah ‘skin tag’ ini.

Tempoh rawatan      :  30 minit
Harga rawatan         :  RM30 per tag


                            FACE THREAD LIFTING TREATMENT

Rawatan ‘Face Thread Lifting’ atau juga dikenali sebagai Rawatan Tanam Benang adalah rawatan revolusi terkini kecantikan wajah yang menggangkat kulit wajah yang kendur dan kedut menjadi kembali tengang, anjal dan muda remaja. Rawatan ini menggunakan benang jahitan pembedahan yang mengandungi probiotik, vitamin C, kolagen dan serat mampu mengangkat kulit wajah sehingga melenyapkan kekenduran secara serta merta. Bahan-bahan yang terdapat dalam benang jahitan merangsang wajah untuk menghasilkan kolagen bagi mengekalkan penampilan yang muda. Kesan rawatan ini boleh dilakukan ke atas wanita yang berusia 35 tahun ke atas dan kesannya boleh bertahan sehingga 18 bulan.

Tempoh rawatan     :  40 minit
Harga rawatan        :  RM 500 per benang

Sunday 16 February 2020

MHB RAWATAN PAYUDARA ( DECOLLETE )

RAWATAN PAYUDARA (DECOLETTE)

Rawatan payudara adalah rawatan membentuk dan menganjalkan payudara dengan menggunakan alatan khas, mesin dan kaedah-kaedah lain seperti scrub, firming padding, special intensive bust oil massage, Mirifica Bust Miracle massage, cupping, mask dan breast serum. Kesan pembentukan & penganjalan yang efektif dapat diperolehi sejurus selepas rawatan. Tetapi untuk mendapatkan kesan yang lebih optimum, rawatan ini perlu di lakukan sekurang-kurangnnya seminggu sekali.

Tempoh rawatan   : 45 minit
Harga rawatan       : RM 100

MHB RAWATAN TELINGA

RAWATAN TELINGA 

Rawatan Earring Candle atau juga dikenali sebagai Ear Wax Removal adalah suatu bentuk rawatan alternatif untuk membersihkan kotoran yang melekat pada bahagian telinga menggunakan corong lilin. Corong lilin ini diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti daun herba, kunyit dan serai yang ditumbuk hingga halus, dikeringkan dan kemudian dileperkan menjadi kertas dan dibentuk seperti corong. Corong lilin ini akan dibakar di bahagian hujung atas dan bertindak sebagai vacum cleaner yang mampu menarik kekotoran dengan menggunakan perbezaan suhu dan tekanan. Hasilnya selepas rawatan ini, bukan sahaja saluran telinga akan bersih tetapi juga rongga-rongga di bahagian sinus, mata dan mulut. Rawatan ini juga mampu mengatasi masalah migraine, vertigo, sinusitis, tinnitus (telinga berdenggung), Sindrom Meniere dan radang selaput lender.
Tempoh rawatan   : 30 minit
Harga rawatan      : RM 30

Saturday 15 February 2020

MHB PREVENTIVE FACIAL TREATMENT

PREVENTIVE FACIAL TREATMENT

SKIN REFRESHING FACIAL RM 45 
(member MHB diskaun 5%)



Rawatan refresing facial adalah rawatan membersih kulit wajah secara mendalam yang disebut sebagai Deep Cleansing Facial sambil menyegarkan wajah. Rawatan melibatkan face mapping, cleansing, steam, scrub dan face mask.Juga diberikan PERCUMA rawatan extraction menggunakan vakum dan LED face massage yang dapat merangsang peredaran darah dan seterusnya menyuburkan kulit wajah. Sesuai untuk semua jenis kulit. Selepas rawatan, kulit akan menjadi lebih anjal, berseri dan bercahaya.

Tempoh rawatan   : 50 minit   
Harga rawatan      : RM 45
SKIN MAGNETIC DETOX FACIAL RM 65
(member MHB diskaun 5%)



Rawatan yang khusus untuk detox kulit wajah dari sebarang kekotoran dan toksin. Menggunakan Black Mask yang bersifat magnetic sebagai bahan asas untuk rawatan. Khasiat utama rawatan ini ialah menyingkirkan toksin pada wajah untuk membersih wajah secara maksimum dan dapat meneutralkan wajah yang dipenuhi dengan kotoran berasid. Rawatan ini bukan hanya tertumpu kepada pemakaian masker semata-mata tetapi juga pakej rawatan wajah yang lengkap iaitu bermula dari deep cleansing, steam, vacum treatment, extraction, pemakaian sodium chloride (black mask), LED face massage dan diakhiri dengan pemakaian Rose Toner dan Sunblock Foundation SPF30 daripada Skincare BEAUTEE. Selepas rawatan pelanggan akan merasa kulit wajah lebih segar, lembut dan bersih.

Tempoh rawatan   : 50 minit
Harga rawatan      : RM 65
SKIN HYDRATING FACIAL RM 75
(member MHB diskaun 5%)

Rawatan yang melembabkan kulit dengan penggunaan Hydro Calming Serum BEAUTEE dan mesin ultrasonic untuk penyerapan yang lebih optimum. Tujuan rawatan ini adalah untuk melembap dan menganjalkan kulit, mengecilkan pori serta memperbaiki tekstur kulit. Rawatan sesuai untuk semua jenis kulit.
Tempoh rawatan   : 60 minit
Harga rawatan      RM 75

Monday 10 February 2020

MHB RAWATAN MATA & TELINGA

EYEBROWS SHAPE STYLE
Kening merupakan bingkai setiap wajah kerana ia membentuk paras rupa individu tersebut dan melengkapkan sesebuah solekan. Untuk memperkemas dan mencantikkan bentuk kening, bulu-bulu kening perlu buang mengikut kesesuaian samada dengan cara mencabut menggunakan eyebrow tweezer, mencukur dengan menggunakan pisau kening dan menggunting menggunakan gunting kening.

Tempoh rawatan   30 minit
Harga rawatan      : RM 20
 EYE LASHES PERMING
Rawatan lentik bulu mata adalah rawatan melentikkan bulu mata di bahagian atas dan hasilnya bulu mata kelihatan melentik ke atas, menawan dan sekata. Ia tidak menyakitkan, malah bulu mata yang lentik mampu bertahan sehingga tiga bulan jika pandai menjaganya dengan baik. Penjagaannya juga sangat mudah iaitu dengan memakai maskara atau pelentik bulu mata dan sentiasa memastikannya bersih daripada kekotoran. Sebelum melakukan rawatan, bulu mata akan dibersihkan agar bebas daripada sebarang kesan yang boleh menyebabkan iritasi pada mata. Bulu mata akan digam pada alat yang disediakan dan dibiarkan seketika sebelum diletakkan ubat yang dibenarkan untuk melentik bulu mata. Kemudian, ia akan dibungkus menggunakan plastik dan ditutup dengan tuala selama 30 minit agar wap terhasil dan membantu memudahkan ubat diserap dengan baik.
Tempoh rawatan   : 50 minit
Harga rawatan      : RM 35

INTENSIVE REFRESH EYE TREATMENT
Mata yang jelita adalah idaman setiap wanita. Namun dalam kesibukan menyelesaikan tugas seharian, mata tidak dapat dijaga dengan sebaiknya lebih-lebih lagi bagi mereka yang sentiasa berhadapan dengan skrin komputer. Rawatan kesegaran mata secara intensif adalah untuk lingkaran hitam bawa mata, mata sembab (eye bags & puffiness) dan garis halus sekitar mata
Tempoh rawatan   : 50 minit
Harga rawatan      : RM 40

                            EYELASHES EXTENSION TREATMENT
Rawatan Eyelashes Extension atau juga dikenali sebagai memanjangkan bulu mata adalah menjadi treanding kepada wanita yang ingin tampil bergaya. Rawatan ini akan membuatkan bulu mata menjadi panjang, lebih lentik, lebih lebat, lebih berakena bentuk dan lebih stylo. Melalui rawatan ini, bulu mata palsu akan dipasangkan di antara bulu mata original mengikut bentuk dan style yang diiginkan oleh pelanggan. Pemasangan bulu mata ini boleh bertahan sehingga 2 bulan atau lebih lama lagi bergantung kepada teknik pengajaan selepas rawatan.
Tempoh rawatan    : 2 jam
Harga rawatan      õ Natural Eye  : RM 70
                             õ Open Eye      : RM 80
                             õ Cat Eye         : RM 90
                             õ Doll Eye        : RM 100

MHB RAWATAN TANGAN & KAKI

 HAND REFLEXOLOGY MASSAGE

Rawatan urut lengan adalah kaedah alternatif untuk melancarkan aliran darah di dalam salur darah bagi melegakan kesakitan seperti lengguh dan kebas-kebas akibat letih bekerja. Lengan adalah salah satu anggota tubuh yang paling kerap digunakan untuk membantu manusia melakukan aktiviti harian. Oleh itu, lengan perlu dijaga dengan baik seperti mendapatkan rawatan urutan untuk kelegaan.

Tempoh rawatan   : 30 minit
Harga rawatan      : RM 20
HAND SCRUB
Semakin meningkat usia, semakin kurang nutrisi yang dihasilkan oleh tubuh sehingga menyebabkan kulit semakin hilang keanjalannya. Rawatan skrub tangan mampu mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit tangan. Ia juga dapat membersihkan tangan secara mendalam, menanggalkan sel kulit mati, daki-daki degil dan kerak kulit kering pada bahagian siku.
Tempoh rawatan   : 30 minit
Harga rawatan      : RM 20
ACRYLIC FAKE NAIL

Mulia Hati Beauty menawarkan perkhidmatan memasang kuku palsu atau juga dikenali sebagai Acrylic Fake Nail. Kuku paslu ini akan dilekatkan di atas kuku pelanggan dan kemudian dipotong mengikut kesesuaian dan kehendak pelanggan. 
Tempoh rawatan   : 30 minit
Harga rawatan      : RM 20
NAILS ART DESIGN

Mulia Hati Beauty juga menawarkan perkhidmatan mencorak dan menghias kuku pelanggan. Antara jenis hiasan yang ditawarkan termasuklah khidmat mewarna kuku, melekat pelbagai bentuk dan jenis corak kuku seperti 3D Magnetic Sticker, Stencil Sticker, Powder Glitter, 3D Glitter dan pelbagai lagi. 

Tempoh rawatan   : 45 minit
Harga rawatan      : RM50 sehingga RM100

MANICURE TREATMENT
Rawatan manicure merupakan rawatan tangan yang ia melibatkan proses membersih kuku, membentuk dan merawat kutikel kuku. Ini penting bagi memastikan kuku tangan sihat dan kuat. Sewaktu proses manicure, tangan diskrub bagi membuang sel-sel kulit mati dan merangsang peredaran darah. Selalunya manicure turut melibatkan pewarnaan kuku, namun di Mulia Hati Beauty tidak menawarkan servis tersebut khususnya  kepada  muslimah.  Proses  manicure  bukan  sahaja dapat  mencantik  dan menyihatkan kuku serta tangan anda, tetapi ia juga sangat merehatkan dan menenangkan. 

Tempoh rawatan   : 1 jam
Harga rawatan      : Manicure + Skrub + Massage :  RM60

    FOOT REFLEXOLOGY MASSAGE

Rawatan urutan reflexologi kaki disifatkan sebagai terapi alternatif yang memelihara kesihatan dan menyembuhkan penyakit kerana ia dapat membantu individu mencapai tahap kesihatan yang lebih berkualiti. Kaedah rawatan ini adalah dengan cara mengurut dan menekan titik pusat uraf saraf di bahagian tapak kaki kerana titik ini berhubung kait dengan organ-organ tubuh manusia.

Tempoh rawatan  : 30 minit
Harga rawatan     : RM 30
FOOT SCRUB 

Banyak berjalan dan kurang penjagaan kaki yang betul membuatkan tapak kaki merekah, kering, kematu dan tumit pecah dan mampu menjejaskan penampilan diri. Mulia Hati Beauty menyediakan rawatan skrub kaki khusus untuk mengatasi masalah kaki tersebut di samping membuang daki, kekotoran degil dan sel kulit mati yang melekat pada kaki. Kaki akan direndam terlebih dahulu dengan air suam sebelum letakkan skrub, losyen dan penyegar kaki

Tempoh rawatan   : 50 minit
Harga rawatan      : RM 30
FOOT BATH THERAPY  
Rawatan terapi rendaman kaki adalah rawatan terapi pemanasan dengan menggunakan air dan larutan garam rendaman kaki, urutan buih oksigen dan urutan getaran frekuensi tinggi. Ia berkesan menggalakkan peredaran darah, meningkatkan metabolisme, melegakan keletihan dan melancarkan aliran energi tubuh (sistem Qi). Larutan garam rendaman kaki yang juga dikenali sebagai garam bukit mampu menghilangkan lenguh-lenguh dan kebas-keas kaki serta membersih dan menghilangkan bau pada kaki.

Tempoh rawatan   : 20 minit
Harga rawatan      : RM 30
PEDICURE TREATMENT
Rawatan pedicure adalah sama dengan rawatan manicure cuma bezanya ia adalah rawatan untuk kaki. Kaki merupakan salah satu anggota badan yang sering diabaikan oleh wanita dalam penjagaan kecantikan. Semasa rawatan pedicure, kuku kaki akan dibersihkan dan dibentuk bagi mengelakkan kuku rosak. Seperti manicure, kaki akan diskrub dan diurut bagi tujuan melegakan otot dan melancarkan aliran darah.

 Tempoh rawatan   : 1 jam
 Harga rawatan      : Pedicure + Skrub + Massage :  RM 70

MHB RAWATAN SLIMMING

THERAPY INFRARED SAUNA & WRAPPING 

Rawatan terapi sauna infrared adalah rawatan yang mampu untuk membakar sehingga 600 kalori bagi setiap 30 minit iaitu bersamaan dengan berlari sejauh 8 km. Kajian biologi mendapati bahawa gelombang infrared antara 5.6 um-15 um memberikan banyak faedah terapi terbaik kepada badan manusia termasuklah mencantikkan kulit dan mengurangkan selulit. Melalui rawatan ini, bahagian badan yang berlemak akan disapukan dengan minyak slimming kemudian dibengkung dengan plastik. Selepas itu, pelanggan akan masuk ke dalam sauna selama 20 – 30 minit.

Tempoh rawatan    : 30 minit
Harga rawatan       : RM 45

                   THERAPY FAR INTRARED THERMAL BLANKET

Rawatan selimut panas yang juga dikenali sebagai Hot Blanket adalah rawatan menggunakan sinar infra jauh. Ia adalah satu kaedah rawatan kecantikan yang digunakan secara meluas bagi tujuan penurunan berat badan dan rawatan haba fizikal. Rawatan ini menggunakan prinsip penembusan gelombang elektromagnet dan tindakbalas yang boleh mengalirkan haba ke bawah kulit 3cm hingga 5cm. Oleh itu, dalam masa yang singkat, ia boleh menggalakkan metabolisma cecair badan, mempercepatkan pergerakan darah & limfa, mengembangkan saluran darah, meningkatkan jumlah oksigen, mengaktifkan sistem limfa, memakan sel-sel berbahaya & toksin, membubarkan lemak berlebihan dan membantu asid lemak bebas dengan mengusirnya melalui kelenjar peluh.

Tempoh rawatan   : 30 minit 
Harga rawatan      : RM 45

                           SKIN CELLULITE REMOVAL SCRUB

Rawatan skrub untuk menghilangkan selulite adalah menggunakan skrub khusus untuk tujuan rawatan pelangsingan badan. Bahan skrub ini mampu mengurangkan saiz lipid (molekul lemak) dan mengurangkan kuantiti lipid di dalam adipocytes (sel lemak) di antara 1 hingga 2 inci dalam masa seminggu jika dilakukan secara konsisten dan ia terbukti secara klinikal.

Tempoh rawatan   : 30 minit
Harga rawatan      : RM 50

 SLIMMING MASSAGE + G5 TECHNIQUE

Rawatan slimming massage ialah suatu teknik urutan pelangsignan khusus yang berfungsi untuk menghancurkan lemak di bahagian tubuh tertentu hingga mampu membentuk tubuh lebih langsing dan ideal. Bukan hanya semakin ramping dan kencang, tubuh pun akan semakin sihat dari luar dan dalam. Rawatan ini dikombinasikan dengan rawatan menggunakan Mesin G5 yang memberikan therapy getaran massage yang mendalam untuk menghancurkan sel-sel lemak. Ia mampu memecah lemak di bawah lapisan kulit melalui Tenaga Getaran Cepat yang dihasilkan oleh mesin. Kadar frekuensi getaran dari alat ini dapat disesuaikan dengan fungsi dan kegunaan setiap bahagian tubuh seperti perut, paha dan lengan.


Tempoh rawatan   : 1 jam 30 minit
Harga rawatan      : RM 70