Saturday 29 February 2020

MHB ALTENATIVE FACIAL TREATMENT

ALTENATIVE FACIAL TREATMENT
  
FACIAL SINUSITIS TREATMENT
Resdung adalah satu penyakit yang terjadi apabila rongga sinus menjadi radang yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Antara simptom – simptom resdung adalah lendir pada hidung, mata selalu berair, kerap bersin dan gatal – gatal pada bahagian wajah dan mata. Terdapat juga kulit wajah yang ditumbuhi jerawat yang bernanah sehingga menyebabkan kudis. Rawatan alternatif facial resdung adalah rawatan membersihkan wajah secara mendalam dan kemudian disusuli dengan rawatan pengewapan muka menggunakan corong resdung atau disebut juga sebagai bekam asap. Wap panas diratakan ke seluruh wajah mampu melancarkan perjalanan darah dan membuka liang roma tersumbat yang menyebabkan masalah kulit. Kaedah itu juga bagi menanggalkan daki dan menghapuskan kuman yang menjadi penyebab utama masalah kulit dan wajah kusam. Selepas menjalani rawatan, wajah berasa lebih ‘ringan’, bersih dan kurang gatal malah punca jerawat di muka turut berkurangan.
Tempoh rawatan    :  1 jam 30 minit
Harga rawatan       :  RM 100

SKIN ACCUPUNTURE TREATMENT
Akupuntur wajah adalah perawatan dapat membantu kulit tampil lebih muda, halus dan sihat dengan menyucuk jarum akupuntur di bahagian point-point muka. Rawatan ini dilakukan selepas proses membersihakan wajah agar aliran energi lebih lancar dapat diperolehi. Ketika jarum menusuk kulit, ia akan menimbulkan luka yang disebut sebagai mikrotrauma positif yang dapat merangsang sistem limfatik dan peredaran darah untuk bekerja menghantar nutrisi dan oksigen ke sel-sel kulit agar kulit bergizi dari dalam ke luar. Metode seperti ini juga membantu meratakan warna kulit dan meningkatkan aura positif wajah. Mikrotrauma positif juga mampu merangsang pengeluaran kolagen yang dapat membantu meningkatkan elastisma serta meminimalkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah.
Tempoh rawatan    : 1 jam 30 minit
Harga rawatan       
E Mata                               : RM 80
E Whitening / Pigment     : RM 110
E Resdung                         : RM 120
E Jerawat                          : RM 130
E Anti Kedut /Aging         : RM 140

                             SKIN HAIR REMOVEL TREATMENT
Kulit wajah yang licin dan sempurna merupakan lambang kejelitaan wanita. Dengan kemuculan bulu-bulu halus di wajah dan kadang-kala ada yang agak tebal menyebabkan wajah menjadi tidak menarik dan kelihatan comot apabila mengenakan bedak dan solekan. Di Mulia Hati Beauty, kami menawarkan 3 jenis rawatan yang dapat membantu menanggalkan bulu halus di wajah.
IPL LIGHT LASER
Rawatan menanggalkan bulu halus menggunakan pancaran laser adalah prosedur rawatan yang terkini. Secara saintifiknya, ia berkonsepkan selektif photo termolysis. Menerusi kaedah ini akar bulu dimusnahkan secara selektif oleh haba. Pancaran laser akan diserap oleh pigmen pada akar bulu kemudian bertukar menjadi haba dan terus membunuh akar bulu tersebut. Folikel bulu yang rosak oleh haba dari laser ini tidak menjejaskan sel kulit sekeliling tetapi menghalang pertumbuhan semula bulu halus pada patch kulit dan ini menyebabkan bulu kekal matiSinaran IPL diserap oleh folikel dan apabila ia mencecah kira-kira 70°C, bulu halus akan gugur.

Tempoh rawatan    1 jam
Harga rawatan       RM 200


WAXING 

Menghilangkan bulu halus pada wajah dilakukan dengan cara mengoleskan wax strips ke bahagian wajah yang ingin dihilangkan bulunya seperti di bahagian atas bibir, dagu, pipi, rahang dan dahi. Proses ini dapat mencabut bulu hingga ke lapisan akarnya dan mampu bertahan sehingga 3 minggu barulah bulu yang baharu akan tumbuh semula tetapi menjadi lebih halus daripada bulu yang sebelumnya. Rawatan waxing ini dijamin dapat menanggalkan semua bulu di wajah.

Tempoh rawatan   :  30 minit
Harga rawatan      RM 50
THREADING 
Threading adalah teknik menghilangkan bulu halus di wajah secara sementara (tidak kekal) di bahagian kening, atas bibir, pipi dan dagu. Namanya berasal dari benang (thread) yang dipelintir untuk mencabut bulu halus dari akarnya. Teknik ini juga dikenal sebagai teknik "ikat" atau "khite" dalam bahasa Arab dan merupakan metode yang telah digunakan di India pada masa lampau dan kini semakin popular di kalangan wanita asia. 

Tempoh rawatan     :  30 minit
Harga rawatan        : RM 30

                            SKIN TAGS REMOVEL TREATMENT

Masalah ‘skin tags’ atau dikenali dengan pelbagai permasalahan kulit seperti kutil, biji kolestrol, tahi lalat, lebihan isi pada kulit dan ketuat merupakan lebihan lapisan kulit yang tumbuh di seluruh anggota badan kita termasuk wajah. Selalunya ketumbuhan ini berlaku apabila seseorang tidak menjaga kebersihan dan pemakanan. Faktor umur juga adalah salah satu faktor ketumbuhan ini berlaku dan ia boleh merebak dan melarat sehingga sukar untuk dicegah kerana akar ketumbuhan itu telah menjadi selesa menumpang di bahagian kulit. Mulia Hati Beauty menawarkan rawatan untuk menyelesaikan masalah ‘skin tag’ ini.

Tempoh rawatan      :  30 minit
Harga rawatan         :  RM30 per tag


                            FACE THREAD LIFTING TREATMENT

Rawatan ‘Face Thread Lifting’ atau juga dikenali sebagai Rawatan Tanam Benang adalah rawatan revolusi terkini kecantikan wajah yang menggangkat kulit wajah yang kendur dan kedut menjadi kembali tengang, anjal dan muda remaja. Rawatan ini menggunakan benang jahitan pembedahan yang mengandungi probiotik, vitamin C, kolagen dan serat mampu mengangkat kulit wajah sehingga melenyapkan kekenduran secara serta merta. Bahan-bahan yang terdapat dalam benang jahitan merangsang wajah untuk menghasilkan kolagen bagi mengekalkan penampilan yang muda. Kesan rawatan ini boleh dilakukan ke atas wanita yang berusia 35 tahun ke atas dan kesannya boleh bertahan sehingga 18 bulan.

Tempoh rawatan     :  40 minit
Harga rawatan        :  RM 500 per benang

No comments:

Post a Comment