Monday 10 February 2020

MHB RAWATAN SLIMMING

THERAPY INFRARED SAUNA & WRAPPING 

Rawatan terapi sauna infrared adalah rawatan yang mampu untuk membakar sehingga 600 kalori bagi setiap 30 minit iaitu bersamaan dengan berlari sejauh 8 km. Kajian biologi mendapati bahawa gelombang infrared antara 5.6 um-15 um memberikan banyak faedah terapi terbaik kepada badan manusia termasuklah mencantikkan kulit dan mengurangkan selulit. Melalui rawatan ini, bahagian badan yang berlemak akan disapukan dengan minyak slimming kemudian dibengkung dengan plastik. Selepas itu, pelanggan akan masuk ke dalam sauna selama 20 – 30 minit.

Tempoh rawatan    : 30 minit
Harga rawatan       : RM 45

                   THERAPY FAR INTRARED THERMAL BLANKET

Rawatan selimut panas yang juga dikenali sebagai Hot Blanket adalah rawatan menggunakan sinar infra jauh. Ia adalah satu kaedah rawatan kecantikan yang digunakan secara meluas bagi tujuan penurunan berat badan dan rawatan haba fizikal. Rawatan ini menggunakan prinsip penembusan gelombang elektromagnet dan tindakbalas yang boleh mengalirkan haba ke bawah kulit 3cm hingga 5cm. Oleh itu, dalam masa yang singkat, ia boleh menggalakkan metabolisma cecair badan, mempercepatkan pergerakan darah & limfa, mengembangkan saluran darah, meningkatkan jumlah oksigen, mengaktifkan sistem limfa, memakan sel-sel berbahaya & toksin, membubarkan lemak berlebihan dan membantu asid lemak bebas dengan mengusirnya melalui kelenjar peluh.

Tempoh rawatan   : 30 minit 
Harga rawatan      : RM 45

                           SKIN CELLULITE REMOVAL SCRUB

Rawatan skrub untuk menghilangkan selulite adalah menggunakan skrub khusus untuk tujuan rawatan pelangsingan badan. Bahan skrub ini mampu mengurangkan saiz lipid (molekul lemak) dan mengurangkan kuantiti lipid di dalam adipocytes (sel lemak) di antara 1 hingga 2 inci dalam masa seminggu jika dilakukan secara konsisten dan ia terbukti secara klinikal.

Tempoh rawatan   : 30 minit
Harga rawatan      : RM 50

 SLIMMING MASSAGE + G5 TECHNIQUE

Rawatan slimming massage ialah suatu teknik urutan pelangsignan khusus yang berfungsi untuk menghancurkan lemak di bahagian tubuh tertentu hingga mampu membentuk tubuh lebih langsing dan ideal. Bukan hanya semakin ramping dan kencang, tubuh pun akan semakin sihat dari luar dan dalam. Rawatan ini dikombinasikan dengan rawatan menggunakan Mesin G5 yang memberikan therapy getaran massage yang mendalam untuk menghancurkan sel-sel lemak. Ia mampu memecah lemak di bawah lapisan kulit melalui Tenaga Getaran Cepat yang dihasilkan oleh mesin. Kadar frekuensi getaran dari alat ini dapat disesuaikan dengan fungsi dan kegunaan setiap bahagian tubuh seperti perut, paha dan lengan.


Tempoh rawatan   : 1 jam 30 minit
Harga rawatan      : RM 70 

No comments:

Post a Comment