Monday 10 February 2020

MHB RAWATAN MATA & TELINGA

EYEBROWS SHAPE STYLE
Kening merupakan bingkai setiap wajah kerana ia membentuk paras rupa individu tersebut dan melengkapkan sesebuah solekan. Untuk memperkemas dan mencantikkan bentuk kening, bulu-bulu kening perlu buang mengikut kesesuaian samada dengan cara mencabut menggunakan eyebrow tweezer, mencukur dengan menggunakan pisau kening dan menggunting menggunakan gunting kening.

Tempoh rawatan   30 minit
Harga rawatan      : RM 20
 EYE LASHES PERMING
Rawatan lentik bulu mata adalah rawatan melentikkan bulu mata di bahagian atas dan hasilnya bulu mata kelihatan melentik ke atas, menawan dan sekata. Ia tidak menyakitkan, malah bulu mata yang lentik mampu bertahan sehingga tiga bulan jika pandai menjaganya dengan baik. Penjagaannya juga sangat mudah iaitu dengan memakai maskara atau pelentik bulu mata dan sentiasa memastikannya bersih daripada kekotoran. Sebelum melakukan rawatan, bulu mata akan dibersihkan agar bebas daripada sebarang kesan yang boleh menyebabkan iritasi pada mata. Bulu mata akan digam pada alat yang disediakan dan dibiarkan seketika sebelum diletakkan ubat yang dibenarkan untuk melentik bulu mata. Kemudian, ia akan dibungkus menggunakan plastik dan ditutup dengan tuala selama 30 minit agar wap terhasil dan membantu memudahkan ubat diserap dengan baik.
Tempoh rawatan   : 50 minit
Harga rawatan      : RM 35

INTENSIVE REFRESH EYE TREATMENT
Mata yang jelita adalah idaman setiap wanita. Namun dalam kesibukan menyelesaikan tugas seharian, mata tidak dapat dijaga dengan sebaiknya lebih-lebih lagi bagi mereka yang sentiasa berhadapan dengan skrin komputer. Rawatan kesegaran mata secara intensif adalah untuk lingkaran hitam bawa mata, mata sembab (eye bags & puffiness) dan garis halus sekitar mata
Tempoh rawatan   : 50 minit
Harga rawatan      : RM 40

                            EYELASHES EXTENSION TREATMENT
Rawatan Eyelashes Extension atau juga dikenali sebagai memanjangkan bulu mata adalah menjadi treanding kepada wanita yang ingin tampil bergaya. Rawatan ini akan membuatkan bulu mata menjadi panjang, lebih lentik, lebih lebat, lebih berakena bentuk dan lebih stylo. Melalui rawatan ini, bulu mata palsu akan dipasangkan di antara bulu mata original mengikut bentuk dan style yang diiginkan oleh pelanggan. Pemasangan bulu mata ini boleh bertahan sehingga 2 bulan atau lebih lama lagi bergantung kepada teknik pengajaan selepas rawatan.
Tempoh rawatan    : 2 jam
Harga rawatan      õ Natural Eye  : RM 70
                             õ Open Eye      : RM 80
                             õ Cat Eye         : RM 90
                             õ Doll Eye        : RM 100

No comments:

Post a Comment