Monday 10 February 2020

MHB RAWATAN TANGAN & KAKI

 HAND REFLEXOLOGY MASSAGE

Rawatan urut lengan adalah kaedah alternatif untuk melancarkan aliran darah di dalam salur darah bagi melegakan kesakitan seperti lengguh dan kebas-kebas akibat letih bekerja. Lengan adalah salah satu anggota tubuh yang paling kerap digunakan untuk membantu manusia melakukan aktiviti harian. Oleh itu, lengan perlu dijaga dengan baik seperti mendapatkan rawatan urutan untuk kelegaan.

Tempoh rawatan   : 30 minit
Harga rawatan      : RM 20
HAND SCRUB
Semakin meningkat usia, semakin kurang nutrisi yang dihasilkan oleh tubuh sehingga menyebabkan kulit semakin hilang keanjalannya. Rawatan skrub tangan mampu mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit tangan. Ia juga dapat membersihkan tangan secara mendalam, menanggalkan sel kulit mati, daki-daki degil dan kerak kulit kering pada bahagian siku.
Tempoh rawatan   : 30 minit
Harga rawatan      : RM 20
ACRYLIC FAKE NAIL

Mulia Hati Beauty menawarkan perkhidmatan memasang kuku palsu atau juga dikenali sebagai Acrylic Fake Nail. Kuku paslu ini akan dilekatkan di atas kuku pelanggan dan kemudian dipotong mengikut kesesuaian dan kehendak pelanggan. 
Tempoh rawatan   : 30 minit
Harga rawatan      : RM 20
NAILS ART DESIGN

Mulia Hati Beauty juga menawarkan perkhidmatan mencorak dan menghias kuku pelanggan. Antara jenis hiasan yang ditawarkan termasuklah khidmat mewarna kuku, melekat pelbagai bentuk dan jenis corak kuku seperti 3D Magnetic Sticker, Stencil Sticker, Powder Glitter, 3D Glitter dan pelbagai lagi. 

Tempoh rawatan   : 45 minit
Harga rawatan      : RM50 sehingga RM100

MANICURE TREATMENT
Rawatan manicure merupakan rawatan tangan yang ia melibatkan proses membersih kuku, membentuk dan merawat kutikel kuku. Ini penting bagi memastikan kuku tangan sihat dan kuat. Sewaktu proses manicure, tangan diskrub bagi membuang sel-sel kulit mati dan merangsang peredaran darah. Selalunya manicure turut melibatkan pewarnaan kuku, namun di Mulia Hati Beauty tidak menawarkan servis tersebut khususnya  kepada  muslimah.  Proses  manicure  bukan  sahaja dapat  mencantik  dan menyihatkan kuku serta tangan anda, tetapi ia juga sangat merehatkan dan menenangkan. 

Tempoh rawatan   : 1 jam
Harga rawatan      : Manicure + Skrub + Massage :  RM60

    FOOT REFLEXOLOGY MASSAGE

Rawatan urutan reflexologi kaki disifatkan sebagai terapi alternatif yang memelihara kesihatan dan menyembuhkan penyakit kerana ia dapat membantu individu mencapai tahap kesihatan yang lebih berkualiti. Kaedah rawatan ini adalah dengan cara mengurut dan menekan titik pusat uraf saraf di bahagian tapak kaki kerana titik ini berhubung kait dengan organ-organ tubuh manusia.

Tempoh rawatan  : 30 minit
Harga rawatan     : RM 30
FOOT SCRUB 

Banyak berjalan dan kurang penjagaan kaki yang betul membuatkan tapak kaki merekah, kering, kematu dan tumit pecah dan mampu menjejaskan penampilan diri. Mulia Hati Beauty menyediakan rawatan skrub kaki khusus untuk mengatasi masalah kaki tersebut di samping membuang daki, kekotoran degil dan sel kulit mati yang melekat pada kaki. Kaki akan direndam terlebih dahulu dengan air suam sebelum letakkan skrub, losyen dan penyegar kaki

Tempoh rawatan   : 50 minit
Harga rawatan      : RM 30
FOOT BATH THERAPY  
Rawatan terapi rendaman kaki adalah rawatan terapi pemanasan dengan menggunakan air dan larutan garam rendaman kaki, urutan buih oksigen dan urutan getaran frekuensi tinggi. Ia berkesan menggalakkan peredaran darah, meningkatkan metabolisme, melegakan keletihan dan melancarkan aliran energi tubuh (sistem Qi). Larutan garam rendaman kaki yang juga dikenali sebagai garam bukit mampu menghilangkan lenguh-lenguh dan kebas-keas kaki serta membersih dan menghilangkan bau pada kaki.

Tempoh rawatan   : 20 minit
Harga rawatan      : RM 30
PEDICURE TREATMENT
Rawatan pedicure adalah sama dengan rawatan manicure cuma bezanya ia adalah rawatan untuk kaki. Kaki merupakan salah satu anggota badan yang sering diabaikan oleh wanita dalam penjagaan kecantikan. Semasa rawatan pedicure, kuku kaki akan dibersihkan dan dibentuk bagi mengelakkan kuku rosak. Seperti manicure, kaki akan diskrub dan diurut bagi tujuan melegakan otot dan melancarkan aliran darah.

 Tempoh rawatan   : 1 jam
 Harga rawatan      : Pedicure + Skrub + Massage :  RM 70

No comments:

Post a Comment