Sunday 9 February 2020

MHB RAWATAN BEKAM

BLOOD BEKAM THERAPY  

Rawatan terapi bekam darah adalah rawatan altenatif untuk mengeluarkan darah statis (kental) yang mengandung toksin dari dalam tubuh. Terapi bekam ada 2 jenis iaitu bekam kering dan bekam basah. Bekam kering juga dikenali sebagai bekam angin kerana ia tidak melibatkan pengeluaran darah. Ia bertujuan untuk mengeluarkan angin dari tubuh dan biasa dilakukan sebelum bekam basah. Bekam basah pula dikenali sebagai bekam darah kerana ia bertujuan untuk mengeluarkan darah kotor dari dalam tubuh. Permukaan kulit akan dicucuk dengan jarum dan kemudian divakum menggunakan cupping selama 7 minit.  Rawatan bekam ini membantu merawat penyakit migrain, sinusitis kronik (resdung), buah pinggang, angin ahmar dan vertigo (penyakit ketidakseimbangan dalam telinga) dan banyak lagi.

Tempoh rawatan    : 45 minit
Harga rawatan       : RM7 per-cup  
                                (Ambil 10 cup PERCUMA 1 cup)

CHINESE CUPPING THERAPY
Rawatan terapi chinese cupping atau guasha dalam istilah cina ialah perawatan yang fokus kepada pergerakan darah dan energi dalam tubuh yang juga disebut ‘Qi’. Teknik rawatan ini ialah cupping akan dipanaskan dengan api terlebih dahulu dengan cara memasukkan api ke dalam cupping tersebut dan kemudian menampalkan cupping tersebut di atas permukuaan kulit. Haba dari api tadi akan menyedut segala toksin dari badan sehingga mampu menghilangkan sakit pada sendi-sendi dan otot-otot, memperbaiki sistem limfatik dalam badan dan menghilangkan stress.

Tempoh rawatan    : 30 minit
Harga rawatan       : RM 50

No comments:

Post a Comment