Sunday 9 February 2020

MHB RAWATAN BADAN

THERAPY SAUNA
Rawatan terapi sauna merupakan rawatan mandi wap yang dilakukan menerusi ruangan tertutup ataupun bilik yang direka khas agar wap kering mahupun wap lembap terperangkap di dalamnya dengan suhu sekitar 60 hingga 100 darjah celcius. Manfaat rawatan ini ialah dapat menyegarkan badan, mengurang dan melegakan selsema, meningkatkan prestasi ketahanan badan, meningkatkan jumlah sel darah merah, penurunan tekanan darah sistolik dan toleransi badan yang tinggi dapat meningkatkan pengambilan oksigen oleh badan.

Tempoh rawatan   : 30 minit
Harga rawatan      õ Sauna Steam Herb   : RM 35
                                õ Sauna Infrared          : RM 45 

SKIN EXFOLIATION BODY SCRUB
Rawatan skrub berfungsi untuk mengangkat sel kulit mati, menanggalkan kotoran yang menyumbat pori kulit dan membuka sehingga kulit dapat bernafas dan menyerap nutrisi dari bahan skrub yang digunakan. Rawatan ini boleh dilakukan 2 minggu sekali dan untuk manfaat jangka panjang ia menjadikan kulit halus dan lembut. Jenis skrub yang digunakan bergantung kepada keperluan tubuh seperti untuk mencerah kulit, untuk kulit yang kering dan untuk melembutkan kulit. 

Tempoh rawatan    : 40 minit
Harga rawatan       õ Wanita   : RM 45
                                 õ Lelaki      : RM 55

SKIN FAIR & FIRMING BODY MASK

Rawatan masker badan (body mask) adalah perawatan tubuh dengan membalut seluruh permukaan tubuh menggunakan bahan masker yang mempunyai fungsi berbeza. Fungsinya sesuai dengan produk yang digunakan seperti untuk tujuan melembutkan, mengencangkan dan mencerahkan kulit serta membantu proses detoxifying, slimming dan firming. Biasanya penggunaan masker dilakukan setelah rawatan lulur (skrub) dan massage.  

Tempoh rawatan     : 50 minit
Harga rawatan        õ Wanita   : RM 45
                                  õ Lelaki      : RM 55

THERAPY HOT STONE MASSAGE
Urutan terapi ‘hot stone’ (batu panas) atau juga dikenali sebagai ‘lava stone massage’ adalah sejenis urutan istimewa menggunakan batu licin yang dipanaskan (sebagai tambahan kepada urutan menggunakan tangan) dengan meletakkan batu-batu tersebut di atas permukaan belakang badan, kaki, tangan mahupun muka. Batu-batu yang digunakan ialah batu jenis basalt yang terbentuk daripada cecair lava gunung berapi dan batu ini mampu menyimpan haba dengan lebih lama dan efektif. Kehangatan haba batuan dapat menenangkan tubuh, minda dan merehatkan otot-otot supaya proses mengurut akan lebih berkesan. Manfaat rawatan ini ialah meningkatkan peredaran darah, menyingkirkan toksin, lemak dan selulit. Bahagian tubuh yang terdedah kepada haba akan menyerap khasiat daripada minyak urutan dan meninggalkan kesan kulit semakin lembut, anjal dan lembap.

Tempoh rawatan   : 30 minit
Harga rawatan       : RM 30 

THERAPY RELAXING HEAD MASSAGE
Rawatan terapi urutan kepala adalah rawatanurut menggunakan tekanan jari dan minyak urut yang bermula dari bahu, leher, kulit kepala dan diakhiri dengan urutan di bahagian dahi. Manfaat urutan kepala termasuklah meredakan ketegangan dan sakit kepala, leher dan bahu, mengurangi stress, merangsang organ limfatik, membantu menghapukan toksin, meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan memperbaiki sirkulasi yang memberikan energi pada tubuh.

Tempoh rawatan    : 30 minit
Harga rawatan        : RM 30

THERAPY RELAXING BODY MASSAGE
Rawatan terapi urutan badan adalah satu teknik merawat tubuh badan dengan mengusap, menggosok atau seumpama dengannya, untuk merangsang pengaliran atau meredakan tekanan. Terapi urutan dapat memanipulasi tisu-tisu lembut pada tubuh untuk meredakan ketegangan otot dan kesakitan dengan meningkatkan pengaliran dan flexibiliti. Rawatan ini menggunakan minyak urut atau minyak aromaterapi yang pelbagai wangian dan fungsi bergantung kepada kehendak pelanggan.

Tempoh rawatan   :  1 jam
Harga rawatan      õ Wanita    : RM 55
                                õ Lelaki       : RM 65

SENGKAK’ TREATMENT MASSAGE
Dalam perbidanan Melayu, urutan sengkak adalah sejenis urutan dalaman atau ‘worm uplift massage’ yang dilakukan untuk mengemaskan tubuh badan, khususnya posisi rahim. Urut sengkak sebenarnya merupakan rawatan alternatif yang boleh dilakukan oleh wanita yang mengalami masalah lemah otot rahim, mudah kegugugran, senggugut dan pernah kemalangan. Urut sengkak dilakukan selama 3 hari selepas hari ke-44 berpantang sebagai urutan penutup. Urut sengkak pada awal minggu tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kecedaraan kepada rahim yang masih bengkak.

Tempoh rawatan   : 40 minit
Harga rawatan       : RM 50

THERAPY TUNGKU TREATMENT
Bertungku ialah salah satu rawatan alternatif yang dilakukan semasa seseorang wanita dalam tempoh berpantang. Teknik rawatan ini ialah dengan memanaskan batu sungai berserta daun-daun herba seperti sireh dan serai terlebih dahulu, kemudian dibungkus dengan kain dan dituam di bahagian tertentu badan dalam tempoh 40 minit hingga 1 jam atau sehingga alat tersebut menjadi semakin sejuk. Bahagian yang disarankan untuk dituam ialah seperti bahagian peranakan, keliling payudara, tengkuk dan belakang pinggang.

Tempoh rawatan    :  45 minit
Harga rawatan        :  RM 50

THERAPY TANGAS TREATMENT
Rawatan terapi tangas masih menjadi pilihan sebahagian wanita walaupun pada masa kini terdapat pelbagai rawatan kecantikan moden ditawarkan. Bertangas mempunyai dua kaedah iaitu kering dan basah. Sebenarnya, amalan bertangas mempunyai fungsi yang sama dengan sauna atau mandi wap yang terdapat di spa. Rawatan bertangas dilakukan secara duduk di atas ramuan rebusan herba sambil tubuh diselubungi kain agar wap panas dari air rebusan tadi tidak dapat keluar tetapi akan memanaskan keseluruhan tubuh. Bertangas amat sesuai dilakukan selepas hari ketujuh bersalin selama 10 hari berturut-turut apabila darah nifas telah kering dan juga selepas haid. Wap panas dari bawah bangku akan memanaskan bahagian vagina untuk membantu mengeluarkan peluh dan sisa toksin serta membantu proses penyembuhan, merawat luka dan pengecutan rahim dengan cepat. Wap panas juga membantu proses pembakaran lemak selain membantu mengeluarkan peluh dan mewangikan badan.

Tempoh rawatan    :  40 minit
Harga rawatan        :  RM 50

WHITENING BODY BLEACHING  
‘Bleaching’ ialah proses menghilangkan atau mengurangi pigmen berwarna gelap pada kulit tubuh yang disebabkan oleh melanosit (melanin). Melanin dikeluarkan secara semulajadi untuk melindungi kulit dari sinar UV tetapi melanin berlebihan mampu mengubah warna kulit menjadi lebih gelap. Krim bleaching yang digunakan semasa rawatan ini bersifat memutih dan mengandung anti melamin seperti peroksida, amonia, hydroquinone, kojic acid dan asam azelaic yang mampu mencegah hiperpigmentasi (kulit menjadi gelap). Dengan rawatan ini bulu roma dan tona warna kulit seluruh badan akan cerah, gebu dan halus serta merta terutama di bahagian tubuh yang gelap seperti bawah lengan, pangkal paha dan leher. Rawatan ini boleh dilakukan sebulan sekali dan paling kurang 2 minggu sekali bergantung kepada sensitiviti kulit. Rawatan ini hanya dilakukan ke atas tubuh badan sahaja dan elakkan terkena sinaran UV yang terik selepas membuat rawatan ini.

Tempoh rawatan   : 45 minit
Harga rawatan       : RM 100

 HAIR REMOVAL BODY WAXING
Waxing merupakan suatu teknik perawatan untuk mencabut dan menanggalkan bulu-bulu yang tidak diingini di tubuh. Ia dilakukan dengan menyapukan bedak ke seluruh permukaan tubuh kemudian menyapukan sugar wax pada suhu sederhana. Selembar kertas wax (strip wax) ditampal di atas sugar wax tadi dan kemudian ditarik dengan pantas. Ia tidaklah menyakitkan dan perbezaan kehalusan kulit sebelum dan selepas wax akan dapat dirasai. Pada akhir rawatan, lotion pelembut kulit akan disapukan ke bahagian tubuh yang telah di wax. Bulu tidak akan tumbuh selama dua hingga lapan minggu.

Tempoh rawatan    :  30 minit – 1 jam
Harga rawatan       õ Wax Lengan               :  RM 30
                                 õ Wax Kaki                     : RM 35
                                 õ Wax Bawah Lengan  :  RM 20
                                 õ Wax Seluruh Badan  :  RM 100

DECOLLETE TREATMENT
Rawatan payudara adalah rawatan membentuk dan menganjalkan payudara dengan menggunakan alatan khas, machine dan kaedah-kaedah lain seperti scrub, firming padding, special intensive bust oil massage, Mirifica Bust Miracle massage, cupping, mask dan breast serum. Kesan pembentukan & penganjalan yang efektif dapat diperolehi sejurus selepas rawatan. Tetapi untuk mendapatkan kesan yang lebih optimum, rawatan ini perlu di lakukan sekurang-kurangnnya seminggu sekali.

Tempoh rawatan   :  45 minit
Harga rawatan       :  RM 100

SENSUAL FLORAL & MILK JACUZZI BATHTUB
Rawatan mandi menggunakan susu yang ditabur kelopak mawar sebagai bahan mandian mempunyai kebaikan tersendiri kerana susu jika diminum bukan saja membekalkan nutrisi untuk kekuatan otot dan tulang bahkan mengandungi dua jenis asid semulajadi iaitu laktik dan alfa hidroksi (AHA) yang kini banyak dicampurkan dalam bahan kecantikan. Malah ia juga dikatakan turut membantu dalam rawatan antipenuaan secara lembut, membantu membuang sel kulit mati dan melembapkan kulit. Dalam perubatan ayurveda kelopak mawar bukan sahaja digunakan sebagai wangian mandian tetapi khasiatnya juga sebagai detoksifikasi, merangsang minda, melegakan tubuh yang kepenatan, menghilangkan bau badan dan merawat masalah kulit ringan serta menenangkan fikiran dan tubuh. Bagi pasangan yang bercadang melangsungkan perkahwinan, mandi susu dan mawar dapat mengurangkan rasa gemuruh sekali gus menjadikan wajah lebih berseri. Adalah sangat mengasyikkan bila mandi dalam rendaman susu yang dilimpahi dengan kelopak mawar yang harum semerbak, ditambah dengan titisan aromatherapi dan dengan gegaran lembut jakuzi yang seolah-olah membelai tubuh.

Tempoh rawatan   :  30 minit
Harga rawatan       :  RM 70

No comments:

Post a Comment