ADVANCED FACIAL TREATMENT
Harga rawatan : RM 90
SKIN OXYDERM TREATMENT RM 100
(member MHB diskaun 5%)
|
Rawatan sesuai untuk masalah kulit kusam, tidak bermaya, pra matang, kering dan tona tidak sekata. Gas oksigen asli dan serum pelembab yang kaya dengan Hyaluronic Acid menyegarkan sel kulit wajah kusam, kering dan pra matang. Ia bertindak sebagai antioksid dan anti bakteria yang menentang radikal bebas penyebab penuaan kulit. Kulit kembali cerah dan bertenaga selepas mendapat dos gas oksigen yang mencukupi.
Tempoh rawatan : 1 jam 30 minit
Harga rawatan : RM 100
SKIN COOL ENERGIZING TREATMENT RM 120
(member MHB diskaun 5%)
|
Masalah kulit berkedut dan pipi jatuh merupakan perkara biasa yang pasti dialami setiap orang yang telah meningkat usia. Dengan kemajuan teknologi dalam bidang estetik, masalah ini mampu diatasi. Teknik Radio Frequency (RF) adalah satu teknik yang mengaplikasikan gelombang frekuensi radio untuk merangsang pembentukan dan mempercepatkan pertumbuhan sel kolagen. Kaedah rawatan yang melenyapkan dagu berlapis, pipi tembam dan pipi jatuh adalah selesa tanpa pembedahan dan selamat. Melalui rawatan teknologi yang dipatenkan, ia menjana sistem proionik yang menghasilkan proses biologi di dalam sel kulit. Rawatan ini bukan sahaja membaik pulih sel tetapi juga membuatkan wajah anda muda secara semulajadi, segar dan bertenaga. Kekerapan rawatan: Untuk peringkat awal 1 kali seminggu selama 6 minggu, diikuti dengan 1 kali bagi setiap 2-4 minggu. Hasilnya dapat dilihat selepas rawatan pertama.
Tempoh rawatan : 2 jam
Harga rawatan : RM 180
Harga rawatan : RM 180
Rawatan Sulam Bedak adalah rawatan bukan invasif (tanpa suntikan dan torehan) menggunakan istilah BB Face Glow atau Water Shine BB Glow. Ia mampu mencerah dan meratakan warna kulit wajah sama seperti memakai bedak dan hasilnya wajah kelihatan lebih bersinar dan cerah bahkan tidak perlu lagi memakai bedak asas. Ia juga mampu mengecilkan pori-pori, tona kulit menjadi lebih sekata, mengurangkan wajah berminyak, memudarkan parut jerawat dan mengurangkan masalah jeragat. Kulit wajah yang telah dibersihkan akan melalui proses pengewapan bagi membuka pori dan hydrogen toning untuk menarik sel-sel kulit yang telah mati sebelum sulam bedak dilakukan. Setelah itu, wajah akan disapu dengan krim bius untuk meminimumkan rasa sakit ketika rawatan dilakukan. Mesin Meta Therapy digunakan untuk membentuk pori-pori halus supaya proses penyerapan serum bedak asas berpigmen lebih efektif masuk ke dalam kulit yang mengambil masa selama 30 minit. Kemudian, wajah akan dibersihkan dan disapukan hydro gel bersama topeng LED Omega Hydrolight untuk memberi tona wajah lebih sekata serta menjadikan penyerapan lebih maksimum. Ada 3 tona warna iaitu gelap, natural dan cerah. dan mampu bertahan sehingga enam bulan tetapi jika inginkan ia bertahan dalam jangka waktu yang lebih panjang digalakkan untuk melakukan rawatan setiap empat bulan sekali.
Tempoh rawatan : 2 jam
Harga rawatan : RM 220
Rawatan menggunakan teknologi Q-Switched Nd-Yag Laser bersama gel karbon ini terbukti mampu mengurangkan saiz pori terbuka, menganjal dan menghaluskan kulit, mengurangkan parut jerawat dan menjadikan kulit lebih cerah berseri. Rawatan pengelupasan secara laser karbon atau ‘carbon peel’ yang juga dikenali sebagai Black Doll menggunakan kuasa pancaran laser untuk membetulkan pelbagai ketidaksempurnaan kulit adalah tidak menyakitkan dan tidak mendatangkan kesan sampingan. Malah ia menunjukkan kesan ketara kerana pengelupasan secara laser karbon mencetuskan penghasilan sel kulit baru sekali gus menjadikan kulit lebih cerah dan sihat. Lapisan karbon yang tipis digunakan untuk menutupi bahagian kulit yang hendak dirawat manakala laser akan menyedut zarah secara perlahan-lahan sambil menanggalkan lapisan lama pada permukaan kulit. Menerusi pancaran laser, tenaga haba dihasilkan bagi merangsang kulit untuk meningkatkan pengeluaran kolagen baru dan sel kulit baru. Tisu penghubung tumbuh dengan lebih pantas manakala zarah karbon mengelupaskan kulit secara halus dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar lalu menyingkirkan kotoran yang ada di dalam liang roma. Hasilnya, kesan semula jadi terserlah pada kulit yang lebih lembap, cerah dan kelihatan berseri kerana ia mampu menahan lembapan yang secukupnya.
Ketika terapi ini, pelanggan tidak akan berasa sakit atau kurang selesa cuma kulit terasa seperti digigit semut. Pelanggan juga boleh terus menyambung semula aktiviti harian mereka. Bagi yang baru kali pertama melakukannya pasti akan merasai perbezaannya apabila kulit lebih halus dan lembap. Sebelum melakukan laser karbon kulit perlu dibersihkan bagi menghilangkan kotoran. Wajah disental menggunakan skrub khas bagi mengeluarkan sel kulit mati sambil juruterapi melakukan urutan lembut pada bahagian dahi, pipi, hidung dan dagu. Selepas laser selesai wajah diletakkan di bawah lampu LED Fototerapi selama 15 minit bagi mengurangkan pigmentasi dan mencantikkan. Untuk mendapatkan kesan yang diinginkan rawatan ini boleh dilakukan dua minggu sekali selama enam kali kemudian diteruskan sekali sebulan. Bagi mereka yang mengalami masalah kulit yang teruk digalakkan memakai pelindung matahari selepas melakukan laser karbon dan menggunakan produk penjagaan wajah sesuai jenis kulit.
Tempoh rawatan : 2 jam
Harga rawatan : RM 240
Tempoh rawatan : 2 jam
Harga rawatan : RM 240
No comments:
Post a Comment